LAWATAN PELAJAR UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MAULANA MALIK IBRAHIM MALANG, INDONESIA KE MAIS
LAWATAN PELAJAR UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MAULANA MALIK IBRAHIM MALANG, INDONESIA KE MAIS
SHAH ALAM, 21 Mei – Seramai 12 orang pelajar dari Fakulti Syariah, Universitas Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim Malang, Indonesia hadir ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menimba pengalaman dan pengetahuan berkaitan Pengurusan Harta Baitulmal MAIS.
Rombongan lawatan diketuai oleh Dr Musley Harry Dosen Pendamping, Universitas Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim Malang disambut mesra oleh Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS.
Antara lain dalam lawatan bertujuan menimba pengalaman dan kefahaman berhubung pengurusan Baitulmal terutama amalan pengurusan harta Amanah, Hibah, Wasiat dan Pusaka.
Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Indera turut memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan pengurusan wasiat dan hibah yang disediakan oleh MAIS.
“Semoga perkongsian dan pengalaman ini dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan khususnya dalam pengurusan Baitulmal,”katanya.
Sementara itu, Dr Musley berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada MAIS atas kesudian menerima lawatan dan berharap agar pelajar-pelajar dapat menggunakan pengalaman dan pengetahuan dalam pembelajaran terutama pengurusan baitulmal.
Hadir sama mewakili MAIS ialah Ustaz Haji Mohammad Salleh Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran MAIS dan Ustaz Ahmad Firdaus Muhammad, Penolong Pengurus Bahagian Dakwah & Pemasaran.
CYBERJAYA, 21 Januari 2025-YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin...Berita Penuh
SHAH ALAM, 21 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SHAH ALAM, 20 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
Shah Alam,16 Januari–Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) YAD Senator...Berita Penuh
Shah Alam, 16 Jan–Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD...Berita Penuh












