AGIHAN FIDYAH MAIS RM42,960.00 DIAGIH KEPADA 358 PENERIMA YANG LAYAK
AGIHAN FIDYAH MAIS RM42,960.00 DIAGIH KEPADA 358 PENERIMA YANG LAYAK
30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM42,960.00 kepada golongan penerima yang memerlukan.
Terdapat 19 tempat agihan iaitu di Daerah Petaling dan Klang dengan jumlah 358 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM42,960.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti Beras, Minyak Masak, Bihun, Gula, Tepung Gandum, Kicap Manis dan Susu Pekat Manis.
Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya Surau Al-Ansor Sek. 2 Shah Alam, SK Kpg. Lindungan Petaling Jaya, Maahad Tahfiz Sains & Teknologi Darul Ehsan, SRI Al-Fudhail Meru dan lain-lain lokasi.
Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.
Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.
Sila klik pautan ini https://fpxv2.mais.gov.my/
Perkembangan teknologi komunikasi dan media yang sangat laju telah mengupayakan...Berita Penuh
BANGI, 22 April 2026 -Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
Kalau kita fikir secara jujur, isu ajaran sesat ini bukan...Berita Penuh
KUALA SELANGOR, 17 April 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh
KAJANG, 15 April 2026 – Seramai 100 orang penerima dalam...Berita Penuh











