BAITUL EHSAN MAIS TERIMA LAWATAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN JAWI
BAITUL EHSAN MAIS TERIMA LAWATAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN JAWI
Sabak Bernam, 15 Mei – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan dari Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini hari ini.
Â
Delegasi lawatan seramai 13 orang pegawai diketuai oleh Tuan Mohd Isa Abdullah, Ketua Penolong Pengarah (Operasi) bertujuan untuk mengadakan perbincangan berkaitan pewartaan rumah pemulihan yang diluluskan oleh Mahkamah Wilayah Persekutuan.
Â
Pihak MAIS diketuai oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS mengalu-alukan kehadiran delegasi dan sesi taklimat berkaitan Baitul Ehsan telah disampaikan oleh Puan Nazatushima Osman, Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.
Â
Delegasi lawatan turut melawat sekitar Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan yang terletak di Sabak Bernam, Selangor.
Â
Turut hadir mewakili MAIS ialah Dr Norraini Noordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.
Â
Â
BANGI– Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha Majlis Agama...Berita Penuh
SHAH ALAM, 6 Februari – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
PUTRAJAYA, 6 Februari – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),...Berita Penuh
SHAH ALAM, 4 Februari – YAD Senator Dato’ Setia Haji...Berita Penuh
SHAH ALAM, 4 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh












