ENAM PEGAWAI TERIMA TAJAAN TUNAI UMRAH MAIS, BERANGKAT KE TANAH SUCI MEKAH
ENAM PEGAWAI TERIMA TAJAAN TUNAI UMRAH MAIS, BERANGKAT KE TANAH SUCI MEKAH
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang telah mendapat tajaan menunaikan umrah telah berangkat ke tanah suci Mekah. Empat pegawai telah berangkat pada 1 Disember dan dua pegawai lagi telah berangkat sebelum ini.
Â
Program tajaan umrah adalah sebagai suatu penghargaan kepada pegawai MAIS yang telah berkhidmat dengan MAIS melebihi 10 tahun dan mendapat pencapaian yang cemerlang di dalam penilaian prestasi.
Â
Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar & Pengurusan) MAIS hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi menghantar rombongan peserta umrah tajaan MAIS kali ini.
Antara penerima tajaan umrah MAIS adalah, Encik Elmi Amir Ajil, Puan Noriah Hamdzah, Puan Salawati Hamid, Puan Saloni Abdullah, Puan Hamida Manan dan Encik Suhaimi Ismail.
Â
Tahniah diucapkan kepada semua penerima tajaan umrah MAIS, semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Â
KUALA LUMPUR, 27 April 2026 – Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
KLANG, 25 April 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
KUALA LUMPUR, 24 April 2026 – Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
KUALA LUMPUR, 24 April 2026 – Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
HULU SELANGOR, 24 April – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh











