JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS
JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS
AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Dakwah dan Pemasaran telah dijemput oleh Risda Holdings bagi menyampaikan ceramah bertajuk ‘Penyucian Harta’.
Taklimat disampaikan oleh Ustaz Mohammad Salleh bin Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran MAIS.
Alhamdulillah, seramai 40 orang pegawai dan kakitangan Risda Holdings telah hadir dalam ceramah ini dan turut disertai oleh Encik Alias Ibrahim,Pengurus Besar Jabatan Korporat Risda Holdings dan Encik Mohd Azmir Rosli ,Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan RISDA Holdings.
Semoga dengan perkongsian dapat memberi suntikan semangat dalam menambah baik amalan di bulan Ramadan yang hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi seterusnya menguruskan harta dengan cara yang terbaik.
Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian : https://siswa.mais.gov.my
Taksir & bayar fidyah secara atas talian: https://www.mais.gov.my/kalkulator-fidyah-puasa/
Info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my
BANGI, 22 April 2026 -Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
KUALA SELANGOR, 17 April 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh
KAJANG, 15 April 2026 – Seramai 100 orang penerima dalam...Berita Penuh
SHAH ALAM, 15 April – YAD Senator Dato’ Setia Haji...Berita Penuh
SABAK BERNAM, 14 April 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh












