MAIS TERUS MEMBANTU MANGSA BANJIR – EMPAT SEKOLAH TAHFIZ TERIMA SUMBANGAN
MAIS TERUS MEMBANTU MANGSA BANJIR – EMPAT SEKOLAH TAHFIZ TERIMA SUMBANGAN

KUALA SELANGOR 30 Disember 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai penyelaras bantuan daripada Majlis Agama Islam Negeri telah menyalurkan sumbangan berupa beras, lapik tidur dan barangan makanan asas kepada empat buah sekolah tahfiz sekitar Kuala Selangor.
Empat sekolah tahfiz termasuk Maahad Tarbiah Islamiah Al-Ansar (Bestari Jaya), Akademi Shahadah Tahfiz Al Faizin Banat (Parit Mahang Jeram), Maahad Tarbiah Gontory Banat (Bukit Hijau Jeram) dan Maahad Tahfiz Diniah (Sg Gulang2 Tanjung Karang)
Selain serahan sumbangan, turut dilakukan pembersihan sekolah Maahad Tarbiah Islamiyah Al Ansar bersama Skuad Prihatin MAIS, wakil sukarelawan dari agensi dan anak syarikat MAIS yang terdiri daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Koleh Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).
Turut sama dalam program pembersihan ini ialah Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor – PITAS dan Ngoi yang dianggarkan berjumlah lebih 50 orang terlibat.
Semoga dengan usaha ini, dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan mangsa banjir.
Dalam arus kehidupan moden yang semakin mencabar, manusia hari ini...Berita Penuh
BANGI– Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha Majlis Agama...Berita Penuh
SHAH ALAM, 6 Februari – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
PUTRAJAYA, 6 Februari – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),...Berita Penuh
SHAH ALAM, 4 Februari – YAD Senator Dato’ Setia Haji...Berita Penuh











