MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIDAM
MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIDAM
SHAH ALAM , 17 Ogos 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
Delegasi seramai 10 orang telah hadir ke MAIS diketuai oleh Ustaz Nazli Amirri Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) MAIDAM bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) di samping mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi perkembangan terkini pengurusan Baitulmal di MAIDAM.
Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal mengalu-alukan kehadiran delegasi dari MAIDAM.
“Terima kasih kepada pihak MAIDAM, semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa urusan kehartaan umat Islam.
“Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dan MAIDAM dalam menguruskan harta umat Islam selari dengan hukum syarak,”katanya.
Turut hadir mewakili MAIS ialah Puan Munirah Aminuddin, Ketua Bahagian Undang-Undang Sivil MAIS; Ustaz Mohd Romzi Abdullah Sani, Ketua Bahagian Harta Baitulmal MAIS dan Ustaz Mohamad Salleh Abd Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran MAIS.
SHAH ALAM, 12 Mei 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh
SHAH ALAM, 9 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
Shah Alam, 6 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan...Berita Penuh
SEPANG, 5 April 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
SABAK BERNAM, 4 Mei – Majlis Agama Islam Selangor melalui...Berita Penuh












