MAJLIS IFTAR RUMAH PEMULIHAN RIQAB MAIS DAERAH HULU LANGAT
MAJLIS IFTAR RUMAH PEMULIHAN RIQAB MAIS DAERAH HULU LANGAT
Hulu Langat, 27 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Ar-Riqab menganjurkan Majlis Iftar Bersama Asnaf Riqab di Rumah Pemulihan Riqab iaitu Rumah KEMPERKID MALAYSIA.
Peserta yang terlibat dalam program adalah seramai 149 orang melibatkan 6 buah Rumah Pemulihan Riqab antaranya ialah Rumah Bela Insan, Rumah Sahabat, Rumah Perlindungan dan Bimbingan Wanita Bayt Al Rahmah, Rumah Solehah, Rumah PINTAS dan Jaringan Global Masa Depan (JREC)
Majlis ini dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS merangkap Anggota MAIS.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi Lembaga Pelawat YBhg. Tuan Mohd Yunus Aminuddin dan Ketua Bahagian Pemulihan Ar-Riqab Ustaz Fadzirul Akmal
Mohd Sharif serta Pegawai-Pegawai dari Bahagian Pemulihan Ar- Riqab, MAIS.
Majlis ini bertujuan membina hubungan yang responsif di antara MAIS dengan Rumah Pemulihan Riqab MAIS bagi menghidupkan budaya sunnah berbuka puasa dan solat secara berjemaah.
BANDAR SAUJANA PUTRA, 18 Jun 2026-YAD Senator Dato Setia Haji...Berita Penuh
BANDAR SAUJANA PUTRA, 18 Jun 2026 – YAD Senator Dato’...Berita Penuh
HULU LANGAT, 9 Jun 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh
SHAH ALAM, 5 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SHAH ALAM, 30 Mei 2026 – Program Ibadah korban bukan...Berita Penuh












