MEMBANTU PEMBERSIHAN RUMAH MANGSA BANJIR HULU LANGAT – Rumah Mangsa Masih Berselut dan Berlumpur
MEMBANTU PEMBERSIHAN RUMAH MANGSA BANJIR HULU LANGAT – Rumah Mangsa Masih Berselut dan Berlumpur

HULU LANGAT, 3 Januari 2022 – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Melihat selut dan lumpur yang membanjiri kawasan perumahan ini amat menyayat hati. Skuad Prihatin Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Zakat Pulau Pinang terus membantu membersihkan beberapa buah rumah sekitar Taman Seri Nanding, Hulu Langat ini.
Walaupun musibah banjir telah dua minggu berlalu, namun kesan lumpur dan banjir masih belum dapat dibersihkan sepenuhnya. Apatah lagi dengan kudrat mereka yang sudah letih.
Alhamdulillah, dengan bantuan sukarelawan seramai 30 orang ini sedikit sebanyak proses pembersihan dapat dilakukan dengan lebih cepat. Pastinya keceriaan terpanjar di wajah tuan rumah melihat ada yang membantu untuk membersihkan rumah mereka.
Semoga dengan usaha ini dapatlah meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka yang terjejas banjir di sekitar Taman Seri Nanding, Hulu Langat ini.
Dalam arus kehidupan moden yang semakin mencabar, manusia hari ini...Berita Penuh
BANGI– Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha Majlis Agama...Berita Penuh
SHAH ALAM, 6 Februari – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
PUTRAJAYA, 6 Februari – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),...Berita Penuh
SHAH ALAM, 4 Februari – YAD Senator Dato’ Setia Haji...Berita Penuh













