PERBINCANGAN KERJASAMA MAIS DAN TABUNG HAJI BERKAITAN KUTIPAN FIDYAH & KAFFARAH
PERBINCANGAN KERJASAMA MAIS DAN TABUNG HAJI BERKAITAN KUTIPAN FIDYAH & KAFFARAH
KUALA LUMPUR, 4 Februari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal hari ini, mengadakan perbincangan kerjasama di Menara Tabung haji Jalan Tun Razak berkaitan kutipan Fidyah dan Kaffarah di aplikasi THijari.
Â
Kehadiran MAIS ini diadakan adalah bertujuan untuk perbincangan berkenaan kerjasama yang dapat dilaksanakan bagi perkhidmatan terimaan Fidyah dan Kaffarah di Selangor melalui kempen-kempen yang dirancang.
Â
Kehadiran MAIS disambut baik oleh pihak Tabung Haji yang diketuai oleh Datin Musalimah binti Mustafa, Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan & Inovasi Jabatan Operasi Tabung Haji dan mempengerusikan perbincangan tersebut.
Â
Pihak MAIS yang diwakili oleh Ustaz Haji Mohammad Salleh bin Abdul Saha – Ketua Bahagian Dakwah Pemasaran dan Encik Muhammad Fazli Azhar – Eksekutif Pemasaran.
Â
Semoga usaha sama ini dapat dijayakan dan berterusan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dalam hal-hal pengurusan harta berlandaskan hukum syarak.
Â
SHAH ALAM, 5 Ogos 2025 – Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
PETALING JAYA, 5 Ogos — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SHAH ALAM, 30 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SHAH ALAM, 5 Ogos 2025 – Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima kunjungan...Berita Penuh













