PROGRAM LE TOUR D’MASJID – MASJID TAMAN SERI MUDA, SEK. 25, SHAH ALAM
PROGRAM LE TOUR D’MASJID – MASJID TAMAN SERI MUDA, SEK. 25, SHAH ALAM
SHAH ALAM, 6 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Sosial telah menganjurkan Program Le Tour D’Masjid sempena Program Bulan Muallaf Tahun 2023.
Program bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli kariah masjid berkaitan Pengurusan Pengislaman dan peranan Institusi Masjid dalam menyantuni muallaf.
Taklimat disampaikan oleh Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS.
Dalam taklimat ini dijelaskan takrif muallaf, kepentingan mendaftar pengislaman selepas syahadah, mengambil berat kebajikan dan akidah muallaf dan masjid adalah antara tempat utama yang didatangi oleh mereka selepas memeluk Islam.
Juga ditekankan tentang peranan institusi seperti masjid dan masyarakat awam dalam menyantuni muallaf dan mengambil berat hal ehwal kehidupan mereka.
Program dihadiri kira-kira 80 orang jemaah itu bermula selepas Solat Maghrib sehingga waktu Isyak.
SHAH ALAM, 12 Mei 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh
SHAH ALAM, 9 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
Shah Alam, 6 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan...Berita Penuh
SEPANG, 5 April 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
SABAK BERNAM, 4 Mei – Majlis Agama Islam Selangor melalui...Berita Penuh











