SETIAUSAHA MAIS TURUT HADIR KE MAJLIS PENYERAHAN INSENTIF KHAS AIDILFITRI PENGGERAK MASJID NEGERI SELANGOR
SETIAUSAHA MAIS TURUT HADIR KE MAJLIS PENYERAHAN INSENTIF KHAS AIDILFITRI PENGGERAK MASJID NEGERI SELANGOR
SHAH ALAM, 28 Mac – Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) turut menghadiri Majlis Penyerahan Insentif Khas Aidilfitri Penggerak Masjid Negeri Selangor anjuran Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini.
Â
Majlis yang berlangsung di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah disempurnakan perasmian oleh Dato’ Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.
Â
Majlis merupakan rentetan daripada pengumuman Kerajaan Negeri Selangor berkaitan insentif khas sempena Eidulfitri yang diumumkan dalam Majlis Mahabbah Ramadhan Madani Bersama Warga Penjawat Awam Negeri Selangor pada 19 Mac yang lalu.
Â
Seramai 447 penggerak masjid negeri Selangor melibatkan imam, nazir dan siak masjid menerima insentif khas sempena Aidilfitri dengan jumlah keseluruhan RM1,564,500.00. Setiap penerima masing-masing menerima sebanyak RM500 setiap seorang, manakala setiap masjid yang terlibat menerima insentif khas sebanyak RM3,500.
Â
BANTING, 14 Februari 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
BANTING, 14 Februari 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SHAH ALAM, 13 Februari – Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato’...Berita Penuh
HULU SELANGOR, 13 Feb — Pusat Pemulihan Baitul Islah, Majlis...Berita Penuh
SABAK BERNAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pusat...Berita Penuh










