TAHNIAH PENGANJURAN PROGRAM KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN PERSATUAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-HADIS OKU PENDENGARAN SELANGOR
TAHNIAH PENGANJURAN PROGRAM KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN PERSATUAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-HADIS OKU PENDENGARAN SELANGOR
SHAH ALAM, 6 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berbesar hati dan mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran Program Kesyukuran Sempena Sambutan Ulangtahun Persatuan Pengajian Al-Quran dan Al-Hadis OKU Pendengaran Selangor (AQPS) kali pertama di sini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani, Anggota MAIS mewakili Pengerusi MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof.
“Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih atas komitmen dan kesungguhan AQPS dalam memertabatkan pendidikan Al-Quran dan Al-Hadis yang berkualiti dan mesra OKU pendengaran.
“Semoga program yang dianjurkan ini dapat menjadi salah satu wadah bagi mendidik golongan muslim OKU pendengaran mendekatkan diri kepada Allah melalui pembacaan Al-Quran dan Al-Hadis,”katanya.
Dalam majlis ini, sebanyak 100 buah buku Al-Quran Al-Karim Andalusia disumbangkan oleh Tokoh Korporat Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan untuk diedarkan kepada 100 orang asnaf AQPS.
AQPS adalah Persatuan Pengajian Al-Quran dan Al-Hadis OKU Pendengaran Selangor yang memberi bimbingan dan latihan kepada warga OKU pendengaran untuk menjadi tenaga pengajar Al-Quran dan Al-Hadis.
Turut hadir ialah Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Md Yusmizan Yusuf, Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor (LZS).
BANDAR SAUJANA PUTRA, 18 Jun 2026-YAD Senator Dato Setia Haji...Berita Penuh
BANDAR SAUJANA PUTRA, 18 Jun 2026 – YAD Senator Dato’...Berita Penuh
HULU LANGAT, 9 Jun 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh
SHAH ALAM, 5 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SHAH ALAM, 30 Mei 2026 – Program Ibadah korban bukan...Berita Penuh













