MAIS SUMBANG RM200 RIBU KEPADA JAKESS, BANTU PELAKSANAAN HAKAM DI NEGERI SELANGOR
MAIS SUMBANG RM200 RIBU KEPADA JAKESS, BANTU PELAKSANAAN HAKAM DI NEGERI SELANGOR
SHAH ALAM, 16 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM200,000.00 kepada Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bagi membantu pelaksanaan Hakam di Negeri Selangor.
Majlis penyerahan simbolik replika cek MAIS disampaikan oleh Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS kepada YAA Dato’ Mohammad Adib Husain, Ketua Hakim Syarie JAKESS di sini.
Sumbangan yang menggunakan peruntukan baitulmal itu bertujuan untuk menampung segala kos yang bersangkutan dengan pelaksanaan fungsi, elaun dan tadbir urus Hakam Negeri Selangor.
Jawatankuasa Hakam Negeri Selangor telah ditubuhkan oleh MAIS berdasarkan kepada Kaedah 21, Kaedah-Kaedah Hakam Negeri Selangor. Antara fungsi Jawatankuasa ini adalah mencadangkan pelantikan anggota Panel Hakam yang bertanggungjawab menamatkan syiqaq (perselisihan) antara suami dan isteri dengan cara mendamaikan atau memisahkan kedua-duanya.
Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab menasihati MAIS dalam menentukan perkara berkaitan pelaksanaan hakam yang dilaksanakan menurut Kaedah-Kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2004.
Seramai 62 orang anggota Panel Hakam Selangor sejak tahun 2015 sehingga 2022 telah dilantik oleh MAIS dan anggota panel tersebut telah menjalankan tugas mereka sebagai Hakam bagi mengendalikan kes-kes perceraian dan pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Selangor.
Secara keseluruhan, MAIS telah menyumbang sebanyak RM700,000.00 pada tahun ini bagi membantu pelaksanaan Hakam Negeri Selangor.
MAIS berharap agar sumbangan ini dapat membantu pelaksanaan Hakam khususnya di Negeri Selangor bagi memastikan fungsi dan jawatankuasa tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.
HULU LANGAT, 9 Jun 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh
Pendahuluan Institusi Diraja Selangor bukan sekadar suatu lambang kesinambungan sejarah,...Berita Penuh
SHAH ALAM, 5 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SHAH ALAM, 30 Mei 2026 – Program Ibadah korban bukan...Berita Penuh
Pendahuluan Rantaian kenabian telah dinoktahkan melalui pengutusan Nabi Muhammad SAW....Berita Penuh










