LAWATAN AKADEMIK FAKULTI SENIBINA UITM CAWANGAN PERAK KE PUSAT INFORMASI ISLAM MAIS (PIIM)
LAWATAN AKADEMIK FAKULTI SENIBINA UITM CAWANGAN PERAK KE PUSAT INFORMASI ISLAM MAIS (PIIM)
SHAH ALAM, 7 Nov – Seramai 42 orang pelajar semester 4 tahun 2, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Senibina, UiTM Cawangan Perak dengan diiringi oleh empat orang pensyarah telah mengadakan lawatan akademik ke PIIM dengan disambut mesra oleh Puan Normah Sulaiman, Pengarah Program Pemandu Pelancong Masjid.
Â
Lawatan diadakan bertujuan untuk mendapatkan pendedahan tentang aktiviti dan asas rekabentuk tentang sesebuah pusat maklumat Islam selain mendalami aspek-aspek asas kemudahan bangunan khususnya elektrikal dan mekanikal.
Â
Sesi penerangan dan pembentangan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Fathi bin Zainal Bahrin, Ketua Bahagian Pengurusan Projek MAIS.
Â
Rombongan kemudian dibawa oleh petugas Pusat Informasi Islam MAIS membuat lawatan sekeliling bangunan dan pameran.
Â
Semoga lawatan ini memberi manfaat, ilmu, pengalaman dan kenangan manis kepada semua yang terlibat.
BANDAR SAUJANA PUTRA, 18 Jun 2026-YAD Senator Dato Setia Haji...Berita Penuh
BANDAR SAUJANA PUTRA, 18 Jun 2026 – YAD Senator Dato’...Berita Penuh
HULU LANGAT, 9 Jun 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh
SHAH ALAM, 5 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SHAH ALAM, 30 Mei 2026 – Program Ibadah korban bukan...Berita Penuh














