AS-SALIHIN TRUSTEE SERAH INFAQ KEPADA MAIS
AS-SALIHIN TRUSTEE SERAH INFAQ KEPADA MAIS
SHAH ALAM, 14 Feb 2025- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan dari As-Salihin Trustee Berhad (AST) untuk menyerahkan infaq barang kemas kepada Baitulmal dari waris Allahyarhamah Maria binti Kamarulzaman berjumlah RM35,814.82.
Â
Kunjungan daripada AST hari ini diwakili oleh En. Khairi Mustafa, Ketua Pegawai Operasi, as-Salihin Trustee Berhad. AST selaku wasi yang dilantik telah menyerahkan cek kepada Setiausaha MAIS iaitu Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar diiringi bersama Ustaz Haji Mohammad Salleh bin Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran MAIS.
Â
Setiausaha MAIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada AST yang konsisten bersama MAIS dalam menjalankan amanah dalam urusan harta pusaka.
Â
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan AST.
Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS.
Â
Sila layari pautan ini untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian:
Â
Info lanjut, sila layari:
BANTING, 14 Februari 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
BANTING, 14 Februari 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SHAH ALAM, 13 Februari – Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato’...Berita Penuh
HULU SELANGOR, 13 Feb — Pusat Pemulihan Baitul Islah, Majlis...Berita Penuh
SABAK BERNAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pusat...Berita Penuh










