51 PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK TIMBA PENGALAMAN DI MAIS
51 PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK TIMBA PENGALAMAN DI MAIS
SHAH ALAM, 15 Disember – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan dari pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.
Delegasi lawatan seramai 51 pelajar ini melibatkan pelajar-pelajar semester 1 bagi Program Diploma Pengurusan Hartanah bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan kerjaya dalam bidang pengurusan hartanah yang sedikit sebanyak dapat menimba pengalaman berkaitan pengurusan hartanah dan sewaan di MAIS.
Pengarah Ekonomi MAIS, Haji Shah Ruddin Haji Abd Hamid telah memberikan perkongsian berkaitan pengurusan hartanah MAIS kepada delegasi lawatan. Turut hadir ialah Puan Rohaidah Abu Zaid, Ketua Bahagian Pembangunan Ekonomi MAIS.
Lawatan diketuai oleh Dr Siti Nadia Mohd Ali, Pensyarah Jabatan Pengajian Alam Bina dan Teknologi, UTM Cawangan Perak.
Shah Alam, 6 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan...Berita Penuh
SEPANG, 5 April 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
KUALA LANGAT, 30 April – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
MAIS TERIMA ANUGERAH THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BESTBRANDS AWARDS 2026:...Berita Penuh
Ampang, 28 April- Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD...Berita Penuh












