MAIS TERIMA KUNJUNGAN CAMBODIA UNIVERSITY OF MANAGEMENT AND TECHNOLOGY (CUMT) – Copy
MAIS TERIMA KUNJUNGAN CAMBODIA UNIVERSITY OF MANAGEMENT AND TECHNOLOGY (CUMT) – Copy
SHAH ALAM,16 Januari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan dari Cambodia University Of Management And Technology (CUMT) yang diketuai oleh H.E Dr. Mohamad Farid Hosen, Presiden CUMT.
Lawatan seramai tiga orang disambut mesra oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di samping menjalinkan kerjasama yang bersesuaian dengan MAIS.
Antara lain H.E Dr. Mohamad Farid berkongsi maklumat perkembangan Cambodia University yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS dan agensi serta anak syarikat yang berkaitan.
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dengan Cambodia University Of Management And Technology (CUMT).
Turut hadir dalam perbincangan ialah Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
BANGI– Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha Majlis Agama...Berita Penuh
SHAH ALAM, 6 Februari – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
PUTRAJAYA, 6 Februari – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),...Berita Penuh
SHAH ALAM, 4 Februari – YAD Senator Dato’ Setia Haji...Berita Penuh
SHAH ALAM, 4 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh












