MAIS TERIMA LAWATAN DARI PUSAT AKIDAH DAN JARINGAN GLOBAL, USIM
MAIS TERIMA LAWATAN DARI PUSAT AKIDAH DAN JARINGAN GLOBAL, USIM
SHAH ALAM, 20 Januari – Seramai 40 orang mahasiswa dan mahasiswi termasuk pensyarah dari Pusat Akidah dan Jaringan Global (AGENT) Universiti Islam Sains Malaysia hadir ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menimba pengalaman dan pengetahuan berkaitan akidah semasa.
Rombongan lawatan diketuai oleh Prof Madya Dr Ahmad Najaa’ Mokhtar, Penasihat AGENT, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM disambut mesra oleh Ustaz Daud Lin Abdullah, Pegawai MAIS.
“Semoga perkongsian dan pengalaman ini dijadikan panduan kepada mahasiswa dan mahasiswi dalam menimba ilmu pengetahuan khususnya berkaitan akidah semasa,” katanya.
Sementara itu, pihak USIM mengucapkan terima kasih kepada MAIS atas kesudian menerima lawatan dan berharap agar para mahasiswa dan mahasiswi dapat menggunakan segala pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi.
BANDAR SAUJANA PUTRA, 18 Jun 2026-YAD Senator Dato Setia Haji...Berita Penuh
BANDAR SAUJANA PUTRA, 18 Jun 2026 – YAD Senator Dato’...Berita Penuh
HULU LANGAT, 9 Jun 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh
SHAH ALAM, 5 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SHAH ALAM, 30 Mei 2026 – Program Ibadah korban bukan...Berita Penuh













