TAZKIRAH JUMAAT SEMPENA KEMPEN FIDYAH MAIS
TAZKIRAH JUMAAT SEMPENA KEMPEN FIDYAH MAIS

KLANG 18 Februari 2022 – MAIS selaku badan berautoriti hal ehwal agama Islam Selangor terus melaksanakan fungsinya memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab membuat bayaran fidyah.
Alhamdulillah, dalam tazkirah sebelum solat Jumaat yang berlangsung di Masjid Kota Raja, Klang, kira-kira 100 orang jemaah telah menghadirkan diri untuk mendengar ceramah berkaitan fidyah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hidayat Mohd Suhaimi, Ketua Zon C Baitulmal Daerah Klang & Kuala Langat.
Dalam tazkirah yang disampaikan, pihak MAIS menyeru semua ahli kariah untuk saling mengingati sesama ahli keluarga masing-masing dalam melunaskan tanggungjawab membayar fidyah.
Semoga para jemaah mendapat pencerahan berkaitan fidyah dan panduan untuk membayarnya.
Untuk membuat bayaran fidyah: https://fpxv2.mais.gov.my/
Shah Alam, 6 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan...Berita Penuh
SEPANG, 5 April 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
KUALA LANGAT, 30 April – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
MAIS TERIMA ANUGERAH THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BESTBRANDS AWARDS 2026:...Berita Penuh
Ampang, 28 April- Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD...Berita Penuh











