SHAH ALAM 28 Januari 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Delegasi seramai 14 orang pegawai MAIK diketuai oleh Tuan Ridhwan Abd Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan Hibah, Pusaka dan Wasiat di samping mengeratkan silaturrahim. Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS mengalu-ngalukan kehadiran delegasi dari MAIK dan seterusnya mempengerusikan lawatan hari ini. “Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa urusan kehartaan umat Islam,”katanya. Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS turut berkongsi maklumat pengurusan baitulmal MAIS kepada delegasi MAIK. Turut hadir dalam perbincangan mewakili MAIS ialah Ustaz Mohd Romzi Abdullah Sani, Ketua Bahagian Baitulmal MAIS. Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan MAIK. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023