SHAH ALAM 10 Mac – Baitulmal MAIS telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Baitulmal Khas Bil. 1/2024 pada 9 & 10 Mac 2024 yang lalu bertempat di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor, YAD Dato Setia Prof Madya Dr Anhar Opir dan dihadiri juga oleh anggota-anggota Jawatankuasa Pembangunan Baitulmal MAIS iaitu Prof Dr Ashraf Hashim (Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara) Prof Madya Dr Kamaruzaman Noordin (Timb Dekan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Syariah Affin Islamic Bank), Datin Dr Noor Lizza Md Said (Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Syariah FPI UKM), Tuan Saifuldin Aziz (KPP JKPTG Selangor) dan Tuan Ahmad Termizi Abdullah (Tetuan Termizi & Co.). Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membentangkan dan membincangkan draf undang-undang Peraturan-Peraturan Baitulmal Negeri Selangor. Turut hadir adalah pengurusan tertinggi MAIS iaitu Setiausaha MAIS, Dr Hj Ahmad Shahir Makhtar, Timb. Setiausaha (Dasar & Pengurusan) Pn Nurhani Salwa Jamaluddin, Timb. Setiausaha (Operasi) Pn Norzaihan Mohd Zain, Penasihat Undang-Undang, Pn Norlaili Mohamed, Pengarah Baitulmal Ust Indera Shahril Mohd Shahid dan Pengarah Kewangan En Rohaizul Kholil. Moga usaha mengadakan undang-undang ini diberikan ganjaran oleh Allah SWT. #baitulmalmais #mais #menjunjungamanah BAITULMAL MAIS TELAH ADAKAN MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN BAITULMAL MAIS KHAS BIL. 1/2024 SHAH ALAM 10 Mac – Baitulmal MAIS telah mengadakan Mesyuarat… Berita Penuh March 10, 2024 MAIS SERTAI KONVENSYEN BAITULMAL KEBANGSAAN 2024 MELAKA 7 Mac – MAIS melalui Sektor Baitulmal telah dijemput… Berita Penuh March 7, 2024 MAIS TERIMA LAWATAN MAIK SHAH ALAM, 7 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 7, 2024 MAIS SERAH SUMBANGAN RM3 JUTA KEPADA 21 PENERIMA MANGSA BANJIR SHAH ALAM, 5 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 5, 2024 MAIS ANJUR PROGRAM TAUTAN MAHABBAH KOMUNITI DISAYANGI TAHUN 2024 SHAH ALAM, 3 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 3, 2024 Add Your Heading Text Here