PROGRAM IHTIFAL PELATIHBINA SEMANGAT JATI DIRI 78 PELATIH RUMAH PEMULIHAN MAIS SABAK BERNAM, 3 Ogos 2023 – Biarpun mereka adalah dari kalangan pelatih di kalangan yang memerlukan bimbingan untuk pemulihan, namun tidak menghalang mereka untuk bangkit membina jati diri dengan menyertai Program Ihtifal Pelatih yang diadakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Program kali ini melibatkan pelatih seramai 78 orang peserta terdiri daripada peserta dari Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Rumah Baitul Islah, Bukit Beruntung dan Rumah Darul Islah Lil Banat, Sungai Serdang. Kali ini, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS, menjadi penganjur Program Ihtifal Pelatih yang bermula dari 2 Ogos hingga 3 Ogos 2023 bertempat di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam ini.Sepanjang program tersebut lapan pertandingan yang dipertandingkan iaitu Penulisan Khat, Tilawah Al Quran, Bercerita Kisah Nabi, Kuiz Agama, Gubahan Kontemporari, Jahitan Manik, Memasak dan Nasyid Berkumpulan. “Saya bersyukur dengan peluang yang diberikan oleh pihak MAIS ini dan terharu dengan program yang telah disusun. Sekurang-kurangnya kami dapat menyertai pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada kami. Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan untuk mencungkil bakat-bakat pelatih di rumah pemulihan di bawah MAIS,” ujar salah seorang peserta program ini.Di akhir program tersebut diadakan Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS.Dalam ucapannya beliau menyatakan program tersebut adalah sangat baik dalam membina semangat dan jati diri pelatih dalam meneruskan kehidupan selepas keluar daripada rumah pemulihan nanti. “Dengan adanya program seperti ini juga dapat memberikan dorongan kepada pelatih supaya mempunyai sikap berdaya saing serta menjadi lebih positif dan cemerlang dalam membina masa depan yang lebih baik.” Ujarnya. Sementara itu, juara keseluruhan Program Ihtifal Pelatih tahun 2023 pada hari ini telah dimenangi oleh Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. Turut hadir Encik Samsul Azrin Sanusi, Ketua Cawangan LZS Sungai Besar; Encik Azmi Abas, Ketua Balai Bomba Sabak Bernam; Encik Mohd Rafi Saleh, Pengerusi MPKK Batu 40 Sabak Bernam serta wakil Jabatan dan Agensi Negeri dan Persekutuan Daerah Sabak Bernam. #mais #menjunjungamanah MAIS SUMBANG RM510 RIBU KEPADA 81 PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN SHAH ALAM, 20 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh September 20, 2023 PENGERUSI MAIS RASMI MALAM AGUNGNYA CINTA 2023 DAN PELANCARAN BULAN ANAK YATIM 2023, YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN SHAH ALAM, 17 SEPTEMBER 2023 – Yang Amat Dihormati Tan… Berita Penuh September 17, 2023 KULIAH SUBUH KHAS DI MASJID AL AMIN SEKSYEN 17, SHAH ALAM 16 September 2023- Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal merakamkan ucapan… Berita Penuh September 16, 2023 MAIS BUKA KAUNTER PENERANGAN SEMPENA KARNIVAL PUSPANITA NEGERI SELANGOR 2023 15 September 2023- Baitulmal MAIS telah dijemput oleh Puspanita Negeri… Berita Penuh September 15, 2023 USRAH BERSAMA GURU KAFA Sabak Bernam, 13 Sept – Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal… Berita Penuh September 13, 2023