SHAH ALAM, 24 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meraikan 26 panel peguam MAIS dalam Program Ramah Mesra Bersama Panel Peguam MAIS hari ini. Majlis disambut meriah dengan dihadiri seramai 60 orang dikalangan panel peguam MAIS yang dilantik. Program diadakan bertujuan untuk menjelaskan tanggungjawab Panel Peguam MAIS di bawah Prosedur Pengurusan Panel Peguam MAIS, terutama untuk menjaga kepentingan pihak MAIS sepanjang tempoh perlantikan dan pengendalian kes. Antara panel peguam MAIS yang diraikan ialah Tetuan Kamaruzaman Arif & Sofiah; Tetuan Chambers of Zainul Rijal; Tetuan Azaine & Fakhrul; Tetuan Muda dan Tetuan Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partners. Majlis dirasmikan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS. Dalam ucapannya, beliau berharap agar panel-panel peguam MAIS dapat bersama-sama dengan MAIS dalam mematuhi tanggungjawab Panel Peguam MAIS, demi menbantu MAIS dalam menjaga kemaslahatan masyarakat Islam di Negeri Selangor. Dalam majlis yang sama, turut diadakan slot pembentangan bertajuk: Tanggungjawab Panel Peguam di bawah Prosedur Pengurusan Panel Peguam yang disampaikan oleh Puan Nurul Ain Mohd Azahari, Pegawai Undang-Undang MAIS. Turut hadir dalam majlis ini ialah Puan Rohana Hasan, Pengarah Khidmat Pengurusan, MAIS dan Encik Rohaizul Mohamed Kholil, Pemangku Pengarah Kewangan MAIS. TAHNIAH: TERAS BERJAYA SERAH DIVIDEN SEBANYAK RM200 RIBU SHAH ALAM, 25 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 25, 2023 TAHNIAH PELANTIKAN PENGERUSI BARU TERAS, YBHG. DATO’ BAKHTIAR BIN HUSIN Shah Alam, 25 Julai – YAD Tan Sri Dato’ Seri… Berita Penuh July 25, 2023 MAIS RAI 26 PANEL PEGUAM MAIS SHAH ALAM, 25 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 24, 2023 BAITUL ISLAH MAIS TERIMA KUNJUNGAN AHLI LEMBAGA PELAWAT PUSPEN SERENDAH 23 Julai 2023 – Baitulmal MAIS telah dijemput oleh PERKIM… Berita Penuh July 24, 2023 PENGERUSI MAIS MELAWAT TAPAK PROJEK MASJID DENAI ALAM DENAI ALAM, 21 Julai – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh July 24, 2023