SHAH ALAM, 5 Januari 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyampaikan sumbangan sejumlah RM50,000.00 untuk tujuan dana wakaf Al-Quran Negeri Selangor (Pasca Banjir). Tabung Dana Wakaf Al-Quran ini diwujudkan selepas kedudukan terakhir data di bawah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi pelupusan Al-Quran dan berdasarkan data terkini sekolah dan institusi tahfiz yang terjejas akibat banjir di Negeri Selangor. Sumbangan MAIS melalui sumber baitulmal ini dapat memberi manfaat kepada masjid, surau, sekolah dan maahad tahfiz yang terkesan akibat banjir. Selain MAIS, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor turut berkenan menyumbang bagi tujuan tersebut. Dalam pada masa yang sama, hari ini sebanyak 14 pewakaf termasuk MAIS telah menyumbang dana wakaf Al-Quran dalam satu majlis yang telah dirasmikan oleh Sahibus Saadah Dato’ Mohd Shazihan bin Ahmad, Pengarah JAIS hari ini. Masyarakat awam yang ingin menyumbang ke Dana Wakaf Al-Quran melalui akaun seperti berikut: Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor, Maybank Islamic Berhad : 562106718620  MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023