Galleries

MAIS TERIMA KUNJUNGAN MYNIC BERHAD
SHAH ALAM, 8 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan dari MYNIC Berhad yang diketuai oleh Datuk Ts Hasnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC Berhad bertujuan untuk mengadakan perbincangan berkaitan peluang kerjasama bersama MAIS dalam membantu dan meningkatkan ekonomi usahawan asnaf terutama di dalam bidang keusahawanan digital. Lawatan MYNIC Berhad seramai tiga orang disambut mesra oleh Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar dan Pengurusan) MAIS dan seterusnya mempengerusikan mesyuarat. Antara lain pihak MYNIC Berhad berkongsi maklumat perkembangan syarikat yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS dan agensi serta anak syarikat yang berkaitan.Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dengan MYNIC Berhad. Hadir sama dalam perbincangan ialah Puan Norhafizah Othman, Ketua Bahagian Perancangan Strategik MAIS; Puan Hajah Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS, wakil pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan wakil pegawai Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS). #mais #menjunjungamanah MAIS TERIMA KUNJUNGAN MYNIC BERHAD 5 OKT, PETALING-Pihak Baitulmal MAIS melalui Baitulmal Daerah Gombak &… Berita Penuh October 8, 2024 BAITULMAL MAIS DI JUALAN AGRO MADANI PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN GOMBAK & PETALING 5 OKT, PETALING-Pihak Baitulmal MAIS melalui Baitulmal Daerah Gombak &… Berita Penuh October 5, 2024 MAJLIS APRESIASI PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN TAHUN 2024 SHAH ALAM, 5 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 5, 2024 BENGKEL PEMURNIAN MANUAL PENGURUSAN HARTA PUSAKA MAIN 30 SEP – 2 OKT 2024 3 Okt – Alhamdulillah MAIS melalui Sektor Baitulmal telah menghadiri… Berita Penuh October 3, 2024 MAIS TERIMA LAWATAN DARI PERTUBUHAN SAHABAT AL-QURAN SELANGOR SHAH ALAM, 26 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh September 26, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search