Galleries

KHIDMAT KAUNTER BAITULMAL MAIS DI PROGRAM FORUM PENCEGAHAN JENAYAH DARI PERSPEKTIF AGAMA
HULU SELANGOR, 25 Julai – Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal Daerah Hulu Selangor telah membuka 1 Kaunter Perkhidmatan Baitulmal didalam sebuah Program Forum Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Agama di Masjid Bandar Utama Batangkali. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DIG Datuk Seri Ayub Khan Mydin Pitchay, dihadiri juga oleh pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis. Kaunter Perkhidmatan Baitulmal dikendalikan oleh Ustaz Sharul Razie bin Abdul Majid dan dibantu oleh Puan Norsyarizan binti Mohd Rasid dan Puan Siti Nazifa binti Ismail. Sambutan yang menggalakkan diterima daripada para hadirin yang hadir dalam program ini untuk bertanya berkenaan Pengurusan Harta. Semoga dengan pembukaan kaunter ini dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran kepada hadirin yang hadir dalam hal-hal pengurusan harta Islam dengan baik dan menjadikan MAIS sebagai rujukan utama. Info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my#mais #menjunjungamanah #penama #pentadbir #wasiat #hibah #hartapusaka #islamicestateplanning MAIS PERUNTUKAN RM19.4 JUTA TANGANI MASALAH SOSIAL SHAH ALAM, 4 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh August 4, 2024 BENGKEL PENYEDIAAN BLUEPRINT ASNAF AL RIQAB NEGERI SELANGOR 31 JULAI, Kuala Langat- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh July 31, 2024 MESYUARAT MAIS BIL.42024 SHAH ALAM, 30 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 30, 2024 KHIDMAT KAUNTER BAITULMAL MAIS DI PROGRAM FORUM PENCEGAHAN JENAYAH DARI PERSPEKTIF AGAMA SHAH ALAM, 4 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 25, 2024 MAIS BUKA KLINIK GUAMAN SYARIE SECARA PERCUMA  24 JULAI – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian… Berita Penuh July 24, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search