Galleries

PROGRAM IBADAH KORBAN, ERATKAN UKHWAH MAIS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT.
SHAH ALAM, 19 JUN – Program Ibadah korban bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah, malah menyuburkan semangat kerja berpasukan dan gotong royong dalam kalangan umat Islam. Sempena Hari Raya Eidul Adha 1445H, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak ketinggalan dalam melaksanakan amalan bagi program tersebut. Program Ibadah Korban MAIS yang berlangsung pada hari ini, membabitkan Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Agensi dan Anak Syarikat MAIS. Sebanyak 10 ekor lembu dikorbankan dan dagingnya diagihkan kepada golongan asnaf yang berhampiran dan warga kerja di Bangunan Sultan Idris Shah(BSIS).Program ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kerja di BSIS. Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor yang terlibat dalam program ini ialah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS). Tidak ketinggalan turut serta agensi dan anak syarikat MAIS iaitu Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS turut hadir memeriahkan majlis hari ini. Hadir sama Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Ustazah Salwana Ahmad Dahlan, Timbalan Pengarah Operasi JAIS; YAA Dato’ Mohammad Adib Hussin, Ketua Hakim Syarie JAKESS; Dato’ Prof Madya Dr. Haji Miszairi Sitiris, Timbalan Mufti Selangor; Tuan Zainor Rashid Hassin, Ketua Pendakwa Syarie JPSS; Puan Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha Operasi dan Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha Dasar & Pengurusan MAIS. #mais #menjunjungamanah #aidiladha #korban #eiduladha2024  PROGRAM IBADAH KORBAN, ERATKAN UKHWAH MAIS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT. SHAH ALAM, 19 JUN – Program Ibadah korban bukan sahaja… Berita Penuh June 19, 2024 PENGERUSI MAIS GALAK UMAT ISLAM LAKSANA IBADAH KORBAN Shah Alam, 19 Jun – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh June 19, 2024 MAIS BUKA KLINIK GUAMAN SYARIE SECARA PERCUMA Hulu Langat, 13 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh June 13, 2024 KURSUS TAFAQQUH FIDDIN PEMANTAPAN KEMAHIRAN DAN PROFESIONALISME GURU PEMBIMBING RIQAB SIRI 22024 PELABUHAN KLANG, 9 Jun-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian… Berita Penuh June 9, 2024 KUNJUNGAN HORMAT MAIS KE JAKESS BAGI MENGATUR STRATEGI HAL EHWAL ISLAM Shah Alam, 6 Jun 2024-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh June 7, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search