Galleries

BENGKEL PELAN STRATEGIK PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN (PIBK) MAIS MENANGANI ANCAMAN ISU SEMASA UMMAH 2020-2024 (SIRI 4)
SHAH ALAM – Seramai 35 orang ahli dalam dalam kalangan ahli Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) telah menyertai Bengkel Pelan Strategik Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) MAIS Menangani Ancaman Isu Semasa Ummah 2020 – 2024 (Siri 4) yang dilaksanakan oleh Unit Pembangunan PIBK, Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS bertempat di Glenmarie Hotel & Golf Resort pada 20 Februari 2024. Program diadakan bertujuan untuk pembacaan dokumentasi Prosedur Tindakan Menangani Isu Ancaman Semasa Akidah dan Sosial di negeri Selangor yang akan digunapakai sebagai panduan dan rujukan oleh pasukan-pasukan bertindak PIBK yang telah disampaikan oleh Puan Hajjah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK. Dalam program yang sama, turut diadakan slot bagi penyediaan kertas kerja program pasukan bertindak yang disampaikan Puan Amirah Addilah binti Mohd Johari, Eksekutif Pembangunan PIBK selain pembentangan TOR pasukan bertindak oleh setiap wakil kumpulan. Diakhir bengkel, Puan Hajjah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli peserta yang terlibat dalam bengkel ini. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada peserta yang bersama-sama bersedia membantu MAIS dan agensi-agensi yang melaksanakan dasar-dasar MAIS dalam mendepani cabaran dalam menangani ancaman isu semasa ummah di negeri Selangor. MAIS BEKERJASAMA DENGAN 298 RAKAN STRATEGIK SHAH ALAM, 21 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 21, 2024 BENGKEL PELAN STRATEGIK PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN (PIBK) MAIS MENANGANI ANCAMAN ISU SEMASA UMMAH 2020-2024 (SIRI 4) SHAH ALAM, 21 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 20, 2024 PEMBUKAAN KAUNTER BAITULMAL DI KARNIVAL JOM KE MASJID DI MASJID AS-SALAM BUKIT SENTOSA 18 Februari 2024 – Majlis Agama Islam Selangor melalui Sektor… Berita Penuh February 18, 2024 KURSUS INDUKSI PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN (PIBK) DIBAWAH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) KLANG, 16 Februari 2024 – Unit Pembangunan PIBK, Bahagian Pendaftaran… Berita Penuh February 16, 2024 MAIS TERIMA KUNJUNGAN MAJLIS ISLAM SARAWAK Shah Alam – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari… Berita Penuh February 15, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search