29 Feb – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan lagi agihan fidyah bagi tahun 2024 berjumlah RM 87,639.00 kepada golongan yang memerlukan bantuan. Sumbangan fidyah melibatkan dua daerah dengan jumlah 393 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM 87,639.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti Beras, Minyak Masak, Bihun, Gula, Tepung Gandum, Kicap Manis, Sardin dan Susu Pekat Manis. Agihan fidyah ini disalurkan menerusi kerjasama dengan Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) di dua daerah yang berasingan iaitu melalui Pertubuhan Ehsan Bandar Sri Damansara di daerah Petaling dan Persatuan Peniaga Bazar Banting di daerah Kuala Langat. Pihak MAIS merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pembayar fidyah yang telah memberikan kepercayaan kepada MAIS untuk melaksanakan agihan fidyah bagi taun 2024 ini, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua yang memerlukan. #mais #menjunjungamanah AGIHAN FIDYAH MAIS TAHUN 2024 BERJUMLAH RM87,639.00 DIAGIH KEPADA 393 PENERIMA YANG LAYAK SHAH ALAM, 27 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 29, 2024 MAIS TERIMA KUNJUNGAN THE WORLD ZAKAT AND WAQF FORUM (WZWF), ASSOCIATION IN NIGERIA (AZAWON) DAN GOBARAKAH SHAH ALAM, 27 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 27, 2024 JEMPUTAN CERAMAH BERKAITAN KEPENTINGAN MELAKSANAKAN FIDYAH DI MASJID TAMAN RAKAN CHERAS KAJANG Shah Alam 27 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 27, 2024 DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAN SERAH WATIKAH PELANTIKAN ANGGOTA MAIS, ANGGOTA JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR, AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR, ANGGOTA PANEL HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SELANGOR DAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SELANGOR SABAK BERNAM, 27 Feb – Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal… Berita Penuh February 23, 2024 JEMPUTAN CERAMAH BERKAITAN KEPENTINGAN MELAKSANAKAN FIDYAH DI MASJID TAMAN RAKAN CHERAS KAJANG HULU LANGAT, 22 Feb – Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal… Berita Penuh February 22, 2024 Add Your Heading Text Here