SHAH ALAM, 16 Okt – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Peraturan-Peraturan Baitulmal Negeri Selangor bersama Pengurusan Tertinggi MAIS yang diadakan di Hotel De Palma, Shah Alam pada 13-15 Oktober 2023. Bengkel ini dihadiri oleh kira-kira 15 orang peserta terdiri daripada Setiausaha MAIS, Dr. Hj Ahmad Shahir bin Makhtar, Timb. Setiausaha (Operasi), Pn Hajah Norzaihan binti Mohd Zain, Timb. Setiausaha (Dasar & Pengurusan), Pn Hajah Nurhani Salwa binti Jamaludin, Penasihat Undang-Undang, Pn Norlaili binti Mohamad, Pengarah Baitulmal, Ust Indera Shahril bin Mohd Shahid, Ketua Audit Dalam, Tuan Zaharudin bin Salim dan beberapa orang pegawai MAIS yang lain. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menyediakan draf undang-undang Peraturan-Peraturan Baitulmal yang akan menjadi panduan kepada MAIS dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya kepada ummah. Semoga dengan bengkel yang diadakan akan dapat merealisasikan penghasilan Peraturan-Peraturan Baitulmal Negeri Selangor yang efektif. #hartapusaka #baitulmalmais #mais #menjunjungamanah #peraturanbaitulmal SERAMAI 317 PELATIH PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN, MAIS BERJAYA DIPULIHKAN SABAK BERNAM, 19 Oktober – Sepanjang lima tahun bermula 2018… Berita Penuh October 19, 2023 MAIS TERIMA LAWATAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH SHAH ALAM, 18 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 18, 2023 MAIS, UIS ANJUR SIMPOSIUM ISU SEMASA BERKAITAN ANCAMAN AKIDAH Bangi, 17 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan… Berita Penuh October 17, 2023 BAITULMAL MAIS ADAKAN BENGKEL PENYEDIAAN PERATURAN-PERATURAN BAITULMAL BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI MAIS SABAK BERNAM, 19 Oktober – Sepanjang lima tahun bermula 2018… Berita Penuh October 16, 2023 MAIS TERIMA LAWATAN PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM SHAH ALAM, 16 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 16, 2023 Add Your Heading Text Here