Galleries

KAUNTER BAITULMAL MAIS SEMPENA HR MONTH 2023 ANJURAN PERODUA HQ
15 Jun 2023 – Bersempena HR Month 2023 anjuran Perodua HQ bersama anak syarikat perodua PMSB, PEMSB, PGMSB & PSSB yang dilaksanakan di Bangunan Korporat Perodua Manufacturing Sdn Bhd. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal telah membuka kaunter baitulmal khusus kepada pengunjung bagi berkongsi maklumat berkaitan pengurusan harta umat Islam termasuk harta pusaka. Turut dihadiri Ustaz Izhar bin Ismail, Ketua Zon Baitulmal Daerah Gombak dan Hulu Selangor Ustaz Hanzalah bin Zolkefli, Eksekutif Dakwah dan Ustaz Mohd Aizat Vandan, Eksekutif Pemasaran serta pegawai-pegawai dari Baitulmal yang terlibat membantu memberi penerangan dan runding cara kepada pengunjung yang bertanyakan soalan. Tahniah diucapkan kepada pegawai-pegawai dari Perodua yang telah mendaftarkan wasiat dengan pihak MAIS dan menikmati potongan harga yang ditawarkan sempena Kempen Dhuyuf Al Rahman yang masih berbaki beberapa hari lagi. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat yang besar kepada pelanggan yang hadir. Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Dapatkan tawaran potongan fi pendaftaran wasiat MAIS sebanyak RM 100 sehingga 25 Jun 2023 ini. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian : https://siswa.mais.gov.my Info lanjut, sila layari : www.mais.gov.my   KAUNTER BAITULMAL MAIS SEMPENA HR MONTH 2023 ANJURAN PERODUA HQ Bangi, 13 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh June 19, 2023 SEMINAR MUAMALAT 2023, RANCANG HARTA, URUS PUSAKA Bangi, 13 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh June 14, 2023 BAITULMAL MAIS SAMPAIKAN CERAMAH BERKAITAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA, WASIAT DAN HIBAH 9 Jun 2023 – Baitulmal MAIS meneruskan meneruskan aktiviti dakwah… Berita Penuh June 12, 2023 MAIS MENGADAKAN MESYUARAT JAWATANKUASA LEMBAGA PELAWAT BAITUL EHSAN BIL 2/2023 Sabak Bernam, 9 Mei – Majlis Agama Islam Selangor telah… Berita Penuh June 12, 2023 HARI BERTEMU PELANGGAN BULAN SUMBER MANUSIA PERODUA 2 Jun 2023 – Bersempena Hari Bertemu Pelanggan Perodua yang… Berita Penuh June 6, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search