Taman Nirwana, Ampang, 3 Mac 2023 – Hari ini Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui sektor Baitulmal mengadakan Hari Bertemu Pelanggan yang dikenali sebagai Hari Bersama Baitulmal MAIS di Masjid Al Mustaqim khusus kepada pengunjung bagi berkongsi berkaitan pengurusan harta umat Islam termasuk harta pusaka, pemulihan Riqab dan zakat. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk Kuliah Dhuha, Tazkirah Jumaat, Kuliah Maghrib Khas yang telah disampaikan oleh pegawai dari Baitulmal MAIS. Program ini juga dimeriahkan dengan pembukaan kaunter runding cara perancangan dan pewarisan harta yang dibuka bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Turut menyertai, agensi MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor dan Pemulihan Ar Riqab yang membuka kaunter informasi untuk pengunjung program. Melalui program ini, diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kewajipan Fidyah. Ayuh layari pautan dibawah untuk menggunakan kalkulator fidyah dengan lebih mudah dan tepat secara atas talian. HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID AL MUSTAQIM, TAMAN NIRWANA Taman Nirwana, Ampang, 3 Mac 2023 – Hari ini Majlis… Berita Penuh March 17, 2023 MAIS ADAKAN KULIAH MAGHRIB KHAS BERKAITAN FIDYAH DI MASJID AL MUTMAINNAH, LABOHAN DAGANG KUALA LANGAT 22 Februari 2023 – Semalam telah berlangsung program Kuliah Maghrib… Berita Penuh February 27, 2023 MAIS ADAKAN KULIAH MAGHRIB KHAS BERKAITAN FIDYAH DI MASJID KG GICHING, SEPANG 22 Februari 2023 – Semalam telah berlangsung program Kuliah Maghrib… Berita Penuh February 27, 2023 MAIS TERIMA SERAHAN PUSAKA BAHAGIAN BAITULMAL SHAH ALAM 21 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 27, 2023 HARI INI 621 KELUARGA SEKITAR DAERAH SEPANG, HULU LANGAT & KUALA LANGAT DIBANTU Alhamdulillah selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi… Berita Penuh February 27, 2023