Galleries

MAIS DAN YIDE SALURKAN SUMBANGAN KEPADA PETUGAS KEJADIAN TANAH RUNTUH, BATANG KALI
Batang Kali, 17 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) hari ini turun ke lokasi kejadian tanah runtuh bagi menyalurkan sumbangan makanan kering kepada hampir 400 orang petugas-petugas yang sedang dalam misi operasi menyelamat. MAIS diwakili oleh Encik Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam dan Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial turun menyalurkan sumbangan kepada petugas-petugas agensi keselamatan yang terlibat. Sebelum itu, kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 16 Disember lalu telah mengorbankan hampir 23 orang nyawa terdiri daripada dewasa dan kanak-kanak. Turut hadir ke lokasi kejadian ialah YDM Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa, En. Azizan Mat Hashim, Penolong Pegawai Daerah Hulu Selangor yang mewakili Pegawai Daerah; Encik Md Arifin Jaafar, Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan & Publisiti mewakili YIDE. Kita doakan agar mereka yang ditimpa musibah kejadian tanah runtuh ini dapat ditemukan segera dan keluarga mangsa tabah dan sabar dengan ujian yang menimpa. MAIS – YIDE MENYELARASKAN PENEMPATAN SURAU BERGERAK Alhamdulillah malam tadi  Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search