Galleries

PELATIH-PELATIH PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN DIBERI PENGHARGAAN
SABAK BERNAM, 26 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan terus memperkenalkan program yang dapat memberi manfaat kepada golongan asnaf riqab antaranya adalah pelatih-pelatih di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. Pelbagai program diterjemahkan bagi tahun 2022 kepada pelatih terbabit yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan, pencegahan dan kawalan selain pelbagai bantuan lain agar golongan terbabit kembali ke pangkal jalan. Bagi memberikan penghargaan kepada pelatih-pelatih yang telah berjaya menamatkan tempoh pemulihan dengan cemerlang, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS telah menganjurkan Hari Kecemerlangan Penghuni Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan tahun 2022 hari ini. Majlis yang diadakan pada setiap tahun ini bertujuan menyuntik semangat kepada pelatih supaya terus berusaha untuk mencapai kejayaan, di samping memberi dorongan dan keyakinan untuk berjaya dalam bidang akademik walaupun berada di dalam pusat perlindungan. Selain itu, penghargaan ini memberi peluang kepada mereka untuk membentuk sahsiah diri supaya menjadi insan lebih sempurna dan cemerlang. Seramai 22 orang pelatih Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan telah menerima anugerah meliputi kategori Anugerah Khas Baitul Ehsan, Anugerah Disiplin Terbaik, Anugerah Terbaik Mengikut Kelas Kemahiran Vokasional, Anugerah Terbaik Mengikut Mata Pelajaran Fardhu Ain, Anugerah Sahsiah & Kepimpinan dan Anugerah Ketua Pelatih Terbaik. Penghargaan ini turut diberikan kepada guru pembimbing sebanyak 26 orang yang menjadi tunjang utama kepada kejayaan pelatih-pelatih di sini. Majlis perasmian dan penyampaian anugerah disempurnakan oleh Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS. Turut hadir ialah Ustaz Mohamed Mekkah Husin, Pegawai Tadbir Agama Islam Sabak Bernam dan Puan Nazatushima Osman, Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan merupakan pusat perlindungan di bawah Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS yang memberi perkhidmatan, perlindungan, pemulihan, kaunseling dan latihan yang dinamik terhadap wanita yang terdedah kepada gejala sosial selaras dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
socmed-01 (1)
NEW ATHEISM
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search