SHAH ALAM, 26 September 2022 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor berkenan menyerahkan watikah kepada Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dengan keseluruhan seramai 19 orang penerima watikah dalam satu istiadat di sini. Kesemua pelantikan ini dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (EPAINS 2003). Bagi pelantikan Setiausaha MAIS dikurniakan kepada Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar bagi tahun 2022 hingga 2025. Sebelum ini, Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar juga telah dilantik sebagai Setiausaha MAIS bagi tahun 2019 hingga 2022. Pelantikan Setiausaha MAIS ini adalah berdasarkan EPAINS 2003 di bawah Seksyen 16 (1) yang menyatakan: (1) “ Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis, hendaklah melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai menjadi Setiausaha.” Selain itu, turut dilantik ialah Yang Arif Datuk Haji Mohd Radzi Haji Abd Latif sebagai Anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah; Yang Arif Tuan Dr. Zainal Abidin Kusmin sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah;Tuan Mohd Shahidan Abdul Ghapar dan Tuan Ahmad Husaini Othman sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Pelantikan Anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor di bawah Subseksyen 57 (1) EPAINS menerangkan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, atas nasihat Majlis dan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik tujuh (7) orang Islam untuk membentuk suatu panel tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah. Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Subseksyen 58 (1) EPAINS menerangkan Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan, atas nasihat Majlis, dan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Bagi pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor pula di bawah Subseksyen 59 (1) EPAINS 2003 iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, atas nasihat Ketua Hakim Syarie, boleh melantik, daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Negeri atau perkhidmatan bersama, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Pada istiadat tersebut juga, 14 orang Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor turut menerima watikah pelantikan antaranya ialah Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor; YBhg. Prof. Madya Dr. Miszairi bin Sitiris, Timbalan Mufti Selangor; YB Dato’ Salim Bin Soib @ Hamid, Penasihat Undang-Undang Negeri; YBhg. Dato’ Haji Shahzihan bin Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor; YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mujaini bin Tarimin, Anggota MAIS dan YBhg. Prof. Madya Dr. Khadijah binti Mohd Khambali @ Hambali, Anggota MAIS. Pelantikan ini dibuat di bawah Subseksyen 46 (1) EPAINS. Turut hadir, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023