SHAH ALAM, 13 Julai 2022 – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, 13 Julai menerima kunjungan dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bertujuan bertukar-tukar maklumat berkaitan pengurusan perjawatan di MAIS di samping menjalinkan hubungan silaturrahim antara MAIS dan MAINPP. Delegasi lawatan seramai sembilan orang ini diketuai oleh Tuan Haji Fakhruddin Abd Rahman, Ketua Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf (Pemangku Pengurus Baitulmal) MAINPP disambut baik oleh Encik Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS. Selain itu, melalui kunjungan ini diharap dapat memberi manfaat kepada kedua belah pihak terutama dalam pengurusan perjawatan di agensi agama negeri masing-masing. Antara yang hadir mewakili MAIS ialah Puan Nor Shafinas Buang, Ketua Bahagian Sumber Manusia MAIS dan Puan Hasnor Eida Hassim, Penolong Pengurus Sumber Manusia MAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023