SHAH ALAM, 26 Julai 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan hormat dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan mengadakan pelbagai program kolaborasi. Beliau mengucapkan terima kasih atas ruang masa dan penerimaan kunjungan dari pihak IKIM ini bagi membincangkan pelbagai program kerjasama dan meningkatkan silaturahim. Delegasi IKIM disambut baik oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dan sangat mengalu-alukan kehadiran delagasi dari IKIM. Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada IKIM atas kerjasama menyokong MAIS dalam menyebarluaskan dakwah dan perkhidmatan berkaitan hal ehwal Islam. Hadir sama dalam kunjungan ini YBrs. Dr. Mohd Farid Bin Mohd Shahran, Pengarah Pusat Kajian Syariah Undang-Undang dan Politik (Syarak), Tuan Haji Mahathir Bin Saharuddin, Pengurus Besar Radio IKIM, Tn. Al-Iskandar Bin Mokhtar, Pengurus Bahagian Ekonomi dan Pemasaran (BEP) IKIM dan Puan Hajjah Nik Hasnah Binti Ismail, Perhubungan Korporat IKIM. Turut hadir Puan Nurhani Salwa Binti Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS dan Ustaz Indera Shahril Bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023