SHAH ALAM 10 Februari 2022 – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima lawatan dari Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor (PIMPINAN) diketuai oleh Datuk Dr. Haji Yahya Baba, Yang Dipertua PIMPINAN di sini hari ini. Delegasi seramai sembilan orang pegawai PIMPINAN telah hadir ke MAIS bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan berhubung pengurusan masjid dan surau di Negeri Selangor di samping memperkenalkan barisan pegawai PIMPINAN bagi sesi 2022. YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS mengalu-ngalukan kehadiran PIMPINAN dan seterusnya mempengerusikan lawatan. Turut hadir mewakili MAIS ialah YAD Dato’ Dr Haji Anhar Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS. Hadir sama ialah Ustaz Mohamad Khair Zainal, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid JAIS dan Ustazah Hafizatul Akmal Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS. Semoga jalinan ukhwah ini akan dapat memperkasa pengurusan masjid dan surau di Negeri Selangor dan Malaysia amnya.  MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023