SHAH ALAM, 14 Mei – Seramai 104 pegawai lantikan baharu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerima pendedahan fungsi dan peranan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, agensi dan anak syarikat di sini hari ini. Rombongan lawatan dikelolakan oleh Institut Latihan Islam Selangor (ILIM), JAKIM diketuai oleh Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM disambut mesra oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS. Antara lain, program lawatan ini merupakan salah satu kursus Kompentensi Teras Utama yang diwajibkan kepada pegawai baru lantikan JAKIM sebagai sebahagian syarat bagi tujuan pengesahan perkhidmatan dan salah satunya adalah program lawatan ke MAIS. Dalam perkembangan yang sama, Encik Ahmad Helmi Rahmat@Abd Shukor, Ketua Bahagian Tadbir Urus Korporat MAIS menyampaikan taklimat berkaitan fungsi dan peranan MAIS, JHEIS, agensi dan anak syarikat. Semoga perkongsian dan pengalaman ini dijadikan panduan kepada pegawai-pegawai baru lantikan JAKIM dalam menimba ilmu pengetahuan khususnya pengurusan agensi agama Islam Selangor. Hadir sama mewakili MAIS ialah YAD Dato Setia Dr Haji Anhar Haji Opir, Dato Mufti Selangor; Puan Salwana Ahmad Dahalan, Timbalan Pengarah Operasi JAIS dan wakil pegawai-pegawai JHEIS, agensi dan anak syarikat MAIS. #mais #menjunjungamanah 104 PEGAWAI LANTIKAN BAHARU JAKIM TERIMA PENDEDAHAN FUNGSI DAN PERANAN MAIS, JHEIS, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT SHAH ALAM, 14 Mei – Seramai 104 pegawai lantikan baharu… Berita Penuh May 14, 2024 MAIS TERIMA LAWATAN DARI PENGURUSAN AIR SELANGOR SHAH ALAM 13 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 13, 2024 PROGRAM PERKADERAN ASNAF RIQAB 2024 ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR PELABUHAN KLANG, 12 Mei- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh May 12, 2024 PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN SIRI 1/2024 PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP), MAIS Klang, 11 Mei 2024 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 11, 2024 MAIS MUDAHKAN MASYARAKAT URUS WASIAT & HIBAH SHAH ALAM, 9 Mei – Bagi melancarkan dan meluaskan lagi… Berita Penuh May 9, 2024 Add Your Heading Text Here