SHAH ALAM, 25 Mei – Seramai 21 pelajar dari Fakulti Syariah, Universitas Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim Malang, Indonesia hadir ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menimba pengalaman dan pengetahuan berkaitan pengurusan Baitulmal. Rombongan lawatan diketuai oleh Dr Aunul Hakim M.H, Naib Dekan UIN disambut mesra oleh Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS. Antara lain dalam lawatan bertujuan menimba pengalaman dan kefahaman berhubung pengurusan Baitulmal terutama amalan pengurusan harta Amanah, Hibah, Wasiat dan Pusaka. Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Indera turut memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan pengurusan wasiat dan hibah yang disediakan oleh MAIS. “Semoga perkongsian dan pengalaman ini dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan khususnya dalam pengurusan Baitulmal,”katanya. Sementara itu, Dr Aunul Hakim M.H berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada MAIS atas kesudian menerima lawatan dan berharap agar pelajar-pelajar dapat menggunakan pengalaman dan pengetahuan dalam pembelajaran terutama pengurusan baitulmal. Hadir sama mewakili MAIS ialah Ustaz Mohd Romzi Abdullah Sani, Ketua Bahagian Harta Baitulmal dan Ustaz Mohammad Salleh Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran MAIS. 21 PELAJAR UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MAULANA MALIK IBRAHIM MALANG, INDONESIA TIMBA PENGALAMAN DI MAIS SHAH ALAM, 25 Mei 2023 – Pengerusi MAIS, Tan Sri… Berita Penuh May 26, 2023 PENGERUSI MAIS RASMI SEMINAR AL-QURAN & AL-QIRAAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 SHAH ALAM, 25 Mei 2023 – Pengerusi MAIS, Tan Sri… Berita Penuh May 26, 2023 MAIS JALANI PROSES AUDITAN MS ISO 90012015 DAN MS 19002014 OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD SHAH ALAM, 23 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 26, 2023 PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH SHAH ALAM, 22 Mei – Seramai enam orang pegawai Majlis… Berita Penuh May 24, 2023 PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH SHAH ALAM 18 MEI – Majlis Agama Islam Selangor mengadakan… Berita Penuh May 22, 2023