Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Program ini dijalankan bagi menyampaikan ilmu pengetahuan dan membina kesedaran tentang bahaya masalah sosial masa kini khusus kepada pelajar-pelajar sekolah . Selain Itu, program ini juga bertujuan memberikan kesedaran dan kefahaman masalah sosial yang dihadapi. Program ini telah dihadiri seramai 100 orang pelajar SAMTTAJ. Perasmian penutup disempurnakan oleh Ustaz Mohd Ezzam Zaharin, Ketua Unit Prihatin Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS. Dalam ucapannya, beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada para peserta dan berharap agar remaja memperolehi sekurang-kurangnya dua daripada sepuluh ilmu baru yang dicurahkan daripada program ini. Beliau juga turut berharap agar dengan ilmu yang dicurahkan sepanjang sesi ceramah program ini dapat menyedarkan para remaja akan akibat buruk masalah sosial masa kini. Selain itu, Encik Saiful Chua Abdullah, Pembimbing Rakan Komuniti MAIS tahun 2022 berkata, beliau mengingatkan para pelajar tentang bahayanya pergaulan bebas yang boleh menjerumus mereka ke arah masalah sosial yang lebih parah. Turut hadir dalam program ini adalah Ustaz Mohd Nadzri Mohd Tajudin, Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Negeri Selangor; Tuan Hj Mohamad Noor Ismail, Pengetua SAMTTAJ, pegawai Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS, guru-guru SAMTTAJ dan pelajar-pelajar SAMTTAJ. PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH SHAH ALAM, 22 Mei – Seramai enam orang pegawai Majlis… Berita Penuh May 24, 2023 PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH SHAH ALAM 18 MEI – Majlis Agama Islam Selangor mengadakan… Berita Penuh May 22, 2023 PROGRAM PENCEGAHAN KEPARAHAN SOSIAL BERTEMAKAN ”REMAJA BERWAWASAN” ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB MAIS Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 15, 2023 MAJLIS RAMAH MESRA DAN SAMBUTAN AIDILFITI TAHUN 2023M/1444H BAITUL ISLAH DISAMBUT MERIAH Serendah, 11 Mei – Biarpun Syawal semakin menghampiri ke penghujungnya,… Berita Penuh May 12, 2023 MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIPk Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 12, 2023