Galleries

MAIS DIJEMPUT UNTUK PERKONGSIAN SLOT PERKHIDMATAN MAIS DALAM KURSUS INDUKSI ASNAF MUALLAF BIL. 2 2022
15 Oktober – MAIS melalui Sektor Baitulmal, Sektor Sosial dan Sektor Undang-undang telah dijemput untuk memberikan perkongsian berkenaan dengan perkhidmatan Majlis Agama Islam Selangor dalam Kursus Induksi Asnaf Muallaf (KIAM) Bil. 2 2022. Program KIAM tersebut telah dihadiri lebih 45 orang saudara baru dari Daerah Hulu Langat melibatkan pelbagai peringkat umur. Peserta telah didedahkan dengan pelbagai perkhidmatan yang disediakan di MAIS, JAIS & LZS. Bagi perkhidmatan MAIS telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Bakhtiar bin Suratman, Eksekutif Bhg Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK berkaitan “Pendaftaran Pengislaman di Selangor”, Ustzah Nurul Shakirah binti Johari, Pegawai Syariah Bhg Undang-undang Syariah juga telah berkongsi berkenaan dengan “Perkhidmatan Guaman Syarie” dan bagi slot “Pengurusan Harta Muallaf” telah disampaikan oleh Ustaz Hanzalah bin Zolkefli, Eksekutif Dakwah Bhg Dakwah & Pemasaran. Semoga dengan perkongsian yang telah diberikan dapat memberikan manfaat kepada peserta berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Untuk maklumat lanjut perkhidmatan MAIS boleh layari www.mais.gov.my. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search