SHAH ALAM, 2 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berbesar hati menerima Al-Quran terbitan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Program Seminar Kawalselia Penerbitan Al-Quran hari ini. Penyerahan Al-Quran disampaikan oleh Dr. Mohd Zamir Bahall, Ketua Penolong Setiausaha (Regulatori Al-Quran dan Hadith) Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK), KDN kepada Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS. Penyerahan Al-Quran tersebut adalah merupakan sumbangan daripada Masjid Besi, Putrajaya bagi tujuan simbolik program seminar hari ini berkaitan Al-Quran mengikut garis panduan KDN. Tahniah kepada KDN atas penganjuran seminar kawalselia penerbitan Al-Quran yang dilaksanakan dan ucapan terima kasih kepada Masjid Besi, Putrajaya atas sumbangan Al-Quran. Semoga dengan penghasilan Al-Quran terbitan KDN ini menjadi wadah kepada masyarakat untuk mendampingi Al-Quran lebih mendalam lagi. KDN berperanan menjaga keselamatan negara turut terbabit secara langsung dalam memartabatkan kesucian al-Quran di Malaysia. Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Ahmad Hilmi Said, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK), KDN Negeri Selangor. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023