SHAH ALAM, 19 Oktober 2024 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menganjurkan Ijtima’ Pemegang Tauliah Mengajar Negeri Selangor 2024 dan Pelancaran Peraturan-Peraturan Tauliah Bagi Pengajaran Agama Islam (Negeri) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam sebagai usaha untuk memberikan kefahaman mengenai peraturan baharu berkaitan Pengurusan Tauliah Mengajar Negeri Selangor. Pertemuan yang menghimpunkan 350 Pendakwah Bertauliah Negeri Selangor (PBNS) dimulakan dengan Taklimat Khas oleh Puan Norlaili binti Mohamad selaku Penasihat Undang-Undang MAIS mengenai Peraturan-Peraturan Tauliah Bagi Pengajaran Agama Islam (Negeri Selangor) 2024, diikuti dengan Segmen Bicara Tauliah bertajuk Pendakwah Agen Magnetik Merealisasikan Khaira Ummah oleh Dato’ Dr.Hassan bin Mohamed Ali. MAIS dan JAIS turut mengambil peluang melancarkan Peraturan-Peraturan Tauliah Bagi Pengajaran Agama Islam (Negeri Selangor) 2024 yang dirasmikan oleh Pengerusi MAIS, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof. Beliau dalam ucapannya berkata, peraturan ini bertujuan memudahkan JAIS menjalankan tugas sebagai Setiausaha Jawatankuasa Tauliah dan pelaksana penguatkuasaan perundangan tauliah. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuhkan sistem penyampaian ilmu agama dan memastikan bahawa pengajaran yang diberikan adalah berkualiti dan bertepatan dengan ajaran Islam. Dengan adanya peraturan ini, masyarakat dapat merasa lebih yakin bahawa ceramah dan pengajaran yang mereka terima adalah daripada penceramah yang bertauliah dan berpengalaman, sekaligus membantu membina masyarakat yang lebih berilmu, berakhlak mulia dan peka terhadap nilai-nilai agama. Hadir sama dalam program ini adalah Mufti Selangor, Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tauliah MAIS, YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS dan YAA Dato’ Adib bin Husin, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor. Bagi menghargai sumbangan PBNS yang telah menyampaikan dakwah secara berkesan dan memberikan impak positif kepada pembangunan ummah di negeri Selangor, buat julung kalinya, Anugerah Perdana Pemegang Tauliah Mengajar Negeri Selangor diperkenalkan. Untuk permulaan, dua PBNS berjaya merangkul anugerah tersebut iaitu Haji Mat Jais bin Kamos bagi Kategori Lelaki dan Hajah Masirah binti Maslan bagi Kategori Perempuan. #mais #menjunjungamanah #ijtimakpemegangtauliah MAIS TERIMA LAWATAN DARI PERTUBUHAN GLOBAL HAYAT SHAH ALAM, 17 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 29, 2024 IJTIMA’ PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR NEGERI SELANGOR 2024 DAN PELANCARAN PERATURAN-PERATURAN TAULIAH BAGI PENGAJARAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2024 SHAH ALAM, 17 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 19, 2024 FORUM PERDANA: “HARTA PUSAKA : HIBAH & WASIAT” KUANTAN, 14 OKT-MAIS melalui Baitulmal telah dijemput untuk menyampaikan Forum… Berita Penuh October 14, 2024 PROGRAM TAUTAN MAHABBAH KOMUNITI DISAYANGI SIRI 2 TAHUN 2024 KLANG, 13 OKTOBER : Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh October 13, 2024 MAIS PERUNTUK RM1 JUTA KEPADA PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN YANG BERDAFTAR DI BAWAH MAIS SHAH ALAM, 12 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 12, 2024 Add Your Heading Text Here