SELAYANG, 10 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Harta Baitulmal telah dijemput oleh Anulae Cawangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Kelab Sukan & Kebajikan MPS dengan kerjasama MPS bagi menyampaikan Ceramah Faraid dan Pembahagian Harta Pusaka Siri-3. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Salleh Bin Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran MAIS. Kehadiran dianggarkan seramai 100 orang yang melibatkan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa Anulae MPS, Kepimpinan Ahli Jawatankuasa KSDK MPS, dan para pegawai serta kakitangan MPS. Semoga dengan perkongsian dan perbincangan ini akan dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran berkaitan kewajipan seseorang muslim itu menguruskan pembahagian harta pusaka dengan lebih baik dan menjadikan MAIS sebagai rujukan utama. Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. sila layari pautan ini untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://siswa.mais.gov.my Info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my CERAMAH FARAID DAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA SIRI-3 KUALA LUMPUR, 10 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 17, 2023 MAIS SERTAI PERSIDANGAN ANTARABANGSA HALAL SELANGOR (SELHAC) 2023 KUALA LUMPUR, 10 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 17, 2023 TAKLIMAT PENGURUSAN HARTA: KEWAJIPAN FIDYAH KLANG, 9 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh March 17, 2023 MAIS BERKERJASAMA DENGAN 100 RAKAN STRATEGIK AGIH FIDYAH DI NEGERI SELANGOR SHAH ALAM, 9 Mac  – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 17, 2023 MAIS TERIMA LAWATAN DARI PERTUBUHAN JARINGAN MUALLAF MALAYSIA SHAH ALAM, 8 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 17, 2023