Berita MAIS

MAIS TERUS MEMBANTU MANGSA BANJIR – EMPAT SEKOLAH TAHFIZ TERIMA SUMBANGAN
    KUALA SELANGOR 30 Disember 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai penyelaras bantuan daripada Majlis Agama Islam Negeri telah menyalurkan sumbangan berupa beras, lapik tidur dan barangan makanan asas kepada empat buah sekolah tahfiz sekitar Kuala Selangor.   Empat sekolah tahfiz termasuk Maahad Tarbiah Islamiah Al-Ansar (Bestari Jaya), Akademi Shahadah Tahfiz Al Faizin Banat (Parit Mahang Jeram), Maahad Tarbiah Gontory Banat (Bukit Hijau Jeram) dan Maahad Tahfiz Diniah (Sg Gulang2 Tanjung Karang) Selain serahan sumbangan, turut dilakukan pembersihan sekolah Maahad Tarbiah Islamiyah Al Ansar bersama Skuad Prihatin MAIS, wakil sukarelawan dari agensi dan anak syarikat MAIS yang terdiri daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Koleh Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS). Turut sama dalam program pembersihan ini ialah Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor – PITAS dan Ngoi yang dianggarkan berjumlah lebih 50 orang terlibat. Semoga dengan usaha ini, dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan mangsa banjir. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor