Berita MAIS

MAIS PERUNTUKKAN RM2.01 JUTA SOKONG USAHA TANGANI ISU KESIHATAN MENTAL
CYBERJAYA, 19 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memperuntukkan sebanyak RM2.01 juta melalui peruntukan asnaf riqab bagi membantu pesakit-pesakit mental melalui operasi Rumah Pemulihan Riqab yang berdaftar di bawah MAIS. Pengerusi MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, peruntukan yang diberikan ini adalah bagi membantu mereka kembali pulih sediakala dan menjalani kehidupan sebagai insan normal. “MAIS telah santuni pesakit mental di Selangor sehingga September 2022 seramai 134 orang dengan kerjasama Mental Health Foundation dalam bentuk latihan dan kursus di beberapa Rumah Pemulihan Riqab yang berdaftar di bawah MAIS.” “Khidmat kaunseling yang betul dan selaras dengan kehendak syarak juga memainkan peranan yang penting dalam membantu isu kesihatan mental tanpa berlaku kejadian yang tidak diingini,”katanya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan penutupan Simposium Kesihatan Mental Dalam Perspektif Islam dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia di sini hari ini. Seramai 200 orang peserta hadir dalam program ini melibatkan wakil-wakil Rumah Pemulihan Riqab, Mental Health Foundation, Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) dan JAKIM. Program simposium ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta dan masyarakat berhubung isu kesihatan mental. Hadir sama dalam program ini ialah Tan Sri Hashim Meon, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab Negeri Selangor; Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS dan Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search