Berita MAIS

PENGERUSI MAIS LAWAT MASJID FASA 3 PUNCAK ALAM
KUALA SELANGOR, 24 Ogos 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, telah mengadakan lawatan ke Masjid Fasa 3 Puncak Alam yang baharu siap dibina menerusi Program Road Tour Pengerusi MAIS. Ketibaan beliau disambut mesra oleh YBhg. Tan Sri Rozali bin Ismail bersama barisan kepimpinan setempat. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau dari dekat pengurusan serta pengoperasian masjid berkenaan, yang kini dilengkapi pelbagai kemudahan selesa untuk kegunaan kariah seperti bilik musafir, dewan kuliah, dan ruang khas bagi majlis kenduri-kendara. Turut hadir mengiringi lawatan tersebut ialah Pegawai Daerah Kuala Selangor, YBrs. Tuan Mohd Raiz bin Radzuan; Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Selangor, YBrs. Ustaz Nasrul Hadi bin Rohani; serta Pegawai Khas Pengerusi MAIS, Encik Abdul Ghaffar bin Ab Ghani. #MAISsantuniAnda #MAIS #MenjunjungAmanah    
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search