Berita MAIS

PROGRAM BUAL BICARA MUALLAF SEMPENA BULAN MUALLAF MAIS - Pengurusan Pendaftaran Pengislaman
18 Julai 2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan Program Bual Bicara sempena Bulan Muallaf MAIS 2023 dengan kerjasama Masjid Kota Damansara. Program bual bicara tersebut menampilkan ahli panel iaitu Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial dan Bro Shah Kirit Kalkulal Govindji dan moderator oleh Ustaz Mohd Bakhtiar Suratman, Eksekutif Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS. Antara topik utama yang dibicarakan ialah pengurusan pendaftaran pengislaman di Negeri Selangor, peranan dan tanggungjawab masyarakat kepada saudara yang baru memeluk Islam serta kaedah berinteraksi dengan non muslim dalam menyampaikan Islam kepada mereka. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ustaz Mohammad Norsalami Hj Masri, Pengurus Masjid Kota Damansara. MAIS berperanan dalam menyediakan perkhidmatan pendaftaran muallaf di Negeri Selangor dan untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran pengislaman ini boleh layari di www.mais.gov.my. PROGRAM BUAL BICARA MUALLAF SEMPENA BULAN MUALLAF MAIS – Pengurusan Pendaftaran Pengislaman 18 Julai 2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan… Berita Penuh July 18, 2023 LAWATAN YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) SHAH ALAM 18 Julai – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh July 18, 2023 PROGRAM LE TOUR D’MASJID – MASJID KARIAH SG. PELEK, SEPANG Sepang, 13 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan… Berita Penuh July 18, 2023 FORUM PERDANA EHWAL ISLAM “KALKULATOR KEHIDUPAN” 13  JULAI 2023, PUTRAJAYA – Alhamdulillah, Forum Perdana Ehwal Islam… Berita Penuh July 13, 2023 SETIAUSAHA MAIS LAWAT PUSAT PENGAJIAN PONDOK BUSTANUL ARIFFIN DAN RUMAH MANGSA BANJIR, DAPATKAN STATUS TERKINI BAIK PULIH BANTING, 12 Julai – Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),… Berita Penuh July 12, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search